KELIMA : Contemplation/berzikir
Kedua-dua penganut islam dan kristian meletakkan amalan berzikir sebagai salah satu lagi metod yang mesti dilakukan dalam menjana penyucian jiwa mereka.ketika melaksanakan amalan berzikir umat islam dan kristian masing-masing akan memuji tuhan mereka dengan cara tersendiri,akan menagungkan tuhan mereka serta mensyukuri tuhan mereka.ini kerana penghayatan amalan zikir ini lebih menumpukan kepada pemusatan hati sebagai jentera utama yang menghubungkan jiwa seseorang terhadap tuhannya.
Agama islam dan kristian bersepakat menyatakan bahawa setiap individu perlu menghayati serta merasai dengan sepenuh jiwa akan kehadiran tuhan dalam diri mereka ketika amalan berzikir dijalankan.
Manakala dari aspek perbezaan pula,sudah tentu berkaitan dengan lafaz atau sebutan yang digunakan . Bagi penganut Islam,lafaz yang biasa digunakan ketika berzikir sudah pasti berhubung secara lasung dengan Allah seperti lafaz “Subhanallah” , “Alhamdulilah” dan “Allahu akbar” yang bermaksud “Maha suci Allah” dan “Allah Maha Besar”.
Bagi penganut Kristian pula,sudah tentu ia berkaitan dengan Tuhan Jesus Christ, contohnya “Ala Bapa” yang bermaksud “Tuhan Bapa” .Perbezaan lain yang dapat dinyatakan disini ialah umat Islam berzikir kerana Allah S.W.T manakala masyarakat Kristian berzikir hanya untuk Jesus Christ.
No comments:
Post a Comment