EUCHARIST

KETIGA: Eucharist/amalan kesyukuran atau penyataan terima kasih Perbezaan seterusnya yang dapat dikemukakan disini adalah mengenai doktrin atau amalan eucharist (istiadat suci).

Menurut kepercayaan kristian,Jessus menetapkan dua istiadat yang harus dipatuhi oleh pengikutnya iaitu :

a)    Baptisan (yang telah diterangkan sebelum ini)
b)   Perjamuan Kudus yang dinamakan juga “meja tuhan”. Pada malam hari sebelum penyalibaNya, Jesus memberikan roti kepeda Rasul-rasulnya lalu berkata “ini tubuhku” .dia juga memberikan secawan air anggur katanya “ini darahku” .Jesus mempergunakan roti dan air anggur sebagai lambing tubuhNya dan darahNya. Dan dia memberikan perintah kepada anak muridNya untuk melakukan istiadat ini sebagai peringatan dalam iman.

Kebanyakan gereja di seluruh dunia mematuhi perintah ini sebagai satu amalan perumpamaan atau simbolik yang mesti dilakukan oleh penganut Kristian sebagai satu bentuk ibadah dalam penyucian jiwa mereka. Perumpamaan dengan memakan roti yang diibaratkan sebagai ‘jasad’ Jesus Christ dan meminum arak (air anggur) yang diumpamakan sebagai darah beliu adalah agenda utma konteks eucharist ini. Dengan melaksanakan segala tuntutan tersebut, maka tercapailah impian mereka untuk merasai kehadiran Tuhan ke dalam diri mereka, sekaligus mempamerkan kesyukuran kepada ketuhanan Jesus Christ.

Hal ini sama sekali berbeza dan bertentangan dengan aqidah sertakepercayaan umat islam . Ini kerana kerana di dalam islam tidak wujud sebarang bentuk amalan  yang membolehkan umatnya “mentashbihkan” Allah dengan sesuatu…Apatah lagi dengan meminum arak yang sememangnya telah diharamkan oleh islam ke atas penganutnya. Jelas di sini dapat dilihat ia sebagai sesuatu .. Apatah lagidengan meminum arak yang sememangnya telah diharamkan oleh islam ke atas penganutnya. Jelas di sini dapat di lihat ia sebagai sesuatu yang menyelewengan dan tidak sepatutnya berlaku.

No comments:

Post a Comment