PERTAMA: Confession (pengakuan dosa)
Perbezaan ketara yang dapat diungkapkan dari sudut perlaksanaan konsep penyucian jiwa bagi agama islam dan agama kristian adalah melalui amalan confession iaitu (pengakuan dosa). Ddalam ajaran kristian istilah confession / pengakuan dosa digunakan oleh penganutnya sebagai salah satu konsep penyelamatan dari dosa yang dilakukan oleh manusia yang berdosa setelah mereka dibaptiskan. Menurut teologi kristian, dosa yang dilakukan selepas dibaptis hanya dapat dihapuskan melalui amalan “confession of Sin” Manakala dosa warisan pula terhapus dengan kepercayaan mereka terhadap Jesus Christ melalui amalan “Confession of Faith”.Amalan confession yang biasanya berlaku dalam konteks peribadatan yang boleh mengangkat darjat individu yang berdosa atau bersalah.Ia hendaklah dilakukan dihadapan seorang penerima yang mendengar pengakuan tersebut.
Penerima yang dimaksudkan adalah seorang paderi yang berautoriti dalam hal pengampunan dosa sebagai penghubung kepada tuhan Jessus Chris.Pengakuan ini hendaklah dilakukan secara individu atau berkumpulan.
Dalam ajaran islam penyucian jiwa lebih tepat disebut sebagai “tazkiyah Al-Nafs”.Al-tazkiyah diambil dari kata dasar yang membawa maksud membersihkan,iaitu satu bentuk pembersihan dan juga penyucian.
No comments:
Post a Comment