KEEMPAT: Prayer / sembahyang
Kedua-dua penganut agama Islam dan Kristian mempercayai sembahyang adlah salah satu daripada proses yang mesti dilakukan dalam menjana penyucian jiwa mereka. Namun begitu perbezaan terletak kepada pelaksanaan sembahyang tersebut.
Islam telah menggariskan cara tertentu bagi penganutnya apa yang dikatakan sebagai sembahyang / solat. Sembahyang adalah satu ibadat mengandungi perkataan dan perbuatan yang dimulakan dengan takbiratul-ihram dan disudahi dengan salam yang mesti memenuhi dengan syarat-syarat tertentu serta rukun solat yang mesti dipatuhi. Selain syarat sah dan rukunnya ,sembahyang juga mempunyai perkara-perkara yang membatalkannya.
Sembahyang dalam islam ialah merupakan pertalian terus menerus antra hamba dengan Allah tanpa perantaraan sama ada orang biasa atau golongan ulama’,dalam hubungan ini seseorang manusia di masa menyembah Allahbebas dari sebarang wasilah(perantaraan) dan tempat kerana semua tempat yang suci di bumi ini boleh digunakan untuk melakukan ibadah kepada allah tidak semesti di masjid sahaja.
Bagi penganut kristian sembahyang biasanya dilakukan di gereja diadakan pada hari minggu dan juga pada hari-hari lain.dalam ibadat ini di gereja mereka membaca Al-Kitab(Bible),banyak nyanyian pujian yang dinyanyikan pada pendeta(paderi) menyampaikan khutbah.
No comments:
Post a Comment