Friday, 10 October 2014

Pengajian Malaysia

PENDAHULUAN


Islam merupakan agama samawi yang diturunkan oleh Allah SWT kepada umat manusia melalui perutusan Nabi Muhammad SAW manakala agama Kristian pada awalnya dikenali sebagai agama Nasrani juga merupakan agama samawi yang diturunkan oleh Allah SWT untuk umat ketika itu menerusi Nabi Isa a.s . Berdasarkan kronologi sejarah ,agama Nasrani (nama sebelum diselewengkan) mendahului agama Islam yang merupakan agama samawi terakhir sebagai pelengkap kepada tatacara hidup yang diamanahkan oleh Allah SWT kepada seluruh umat manusia .
   Namun begitu, agama Nasrani telah diselewengkan dari landasannya yang sebenar , walaupun pada asalnya bertunjangkan dari sumber yang sama iaitu Allah. Penyelewengan ini dilakukan oleh St. Paul (pengasas agama Kristian) sehingga tidak ada lagi ajaran asal Nabi Isa a.s yang masih diamalkan dengan betul dalam ajaran Kristian masa kini. Atas dasar inilah agama Kristian tidak sah diakui sebagai agama samawi, memandangkan segala ajaran yang terkandung dalam kitab Injil (Bible) sudah diubah dan mengalami perubahan yang bertentangan dengan apa yang diturunkan kepada Nabi Isa a.s suatu ketika dahulu


    

No comments:

Post a Comment